Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Kasihmu anak kepada ibu bapa..Adakah seluas laut yg terbentang? Adakah seluas langit yg membiru? adakah seluas padang yg menghijau?

Wahai anak-anak semua, kasihilah kepada kedua ibu bapa. Kebanyakan kita, di saat ibu bapa masih hidup tidak mudah bagi kita untuk menghargai kasih sayang mereka. Padahal cinta mereka begitu mendalam terhadap kita. Di dalam setiap hela nafas, di setiap gerak bibir dan langkah mereka tersemat kasih sayang yang tidak ternilai harganya kepada anak mereka. Tidak ada yang mereka fikirkan begitu penting selain keluarga mereka terutamanya anak mereka. Tahukah kita bahawa anak adalah semangat penerus kehidupan ibubapa? Bahkan dalam kemarahan, kekecewaan dan kesedihan mereka masih boleh tersenyum di hadapan anak-anak. Semua ini hanya kerana kasih sayang mereka terhadap kita.

Mungkin bagi sesetengah dari kita, ini mungkin nasihat lapuk yang sudah selalu sering didengar. Namun ketahuilah dan hayatilah , kalimat ini tidak akan pernah lapuk kerana suatu hari nanti seorang anak juga akan bergelar ibu atau bapa. Mengasihi ibubapa sebenarnya mengasihi diri kita sendiri. Ingatlah kita dilahirkan dari sebuah kasih sayang, kita membesar dalam naungan kasih sayang dan kita juga akan ditinggalkan dengan lambaian kasih sayang. Mungkin belum terlambat, namun sebelum hati menyesal, sedarilah dan fikirkanlah ibu bapa kita serta kasihilah mereka. Bagi ibu bapa, balasan kasih sayang ini jauh lebih berharga daripada apa pun yang pernah mereka perolehi. Bagi mereka kasih sayang dari anak itulah bekal yang sebaik-baiknya untuk menikmati usia senja mereka dan bukannya wang ringgit dan harta. Lambakkanlah segunung harta dan wang ringgit pun kepada mereka hatta kasih sayang jua lah merupakan kebahagiaan kepada kedua orang tua kita.

Ingatlah sentiasa kepada ibu bapa kita..Wahai anak-anak, selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih ada, berikanlah secukupnya kasih sayang kepada ibu dan bapa kita.
Kategori: |