Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Anak adalah harta yang tidak ternilai dalam rumah tangga.
Justeru, Islam memerintahkan ibu bapa menanamkan nilai murni dalam diri anak sebaik saja mata si kecil terbuka melihat dunia.


Di zaman serba mencabar ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran anak-anak..Untuk mempertingkatkan potensi anak, lakukan panduan ini:

-Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan kurang baik akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.


-Berikan anak pelukan setiap hari sekurang-kurangnya 4 kali sehari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan dan juga menambah rasa kasih sayang.

-Pandang anak dengan pandangan kasih sayang. Ia membuatkan anak lebih yakin.

-Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian, ciuman hadiah atau senyuman.

-Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

-Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

-Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibu bapa mereka.

-Dengar cerita anak anda. Tunggu giliran anda untuk bercakap.

-Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.

-Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.

-Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran mereka.

-Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.

anak permata hati, pelukan pengerat kasih..
Kategori: | |
dbintanghati
Bahasa Inggeris adalah bahasa global.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya mempelajari bahasa itu tanpa perlu memikirkan mengenai soal lain.
Ibu bapa perlu memikirkan natijah apabila anak-anak melangkah ke institusi pengajian tinggi, kebanyakan buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris bahkan pergaulan dan pelbagai perkara lain banyak yang menuntut pengetahuan mereka dalam bahasa antarabangsa itu.

Ibu bapa perlu faham bahawa penggunaan bahasa itu bukan hanya di kalangan anak-anak, tetapi mereka (ibu bapa) harus mempelajarinya dan bertutur dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak kekok apabila menggunakan bahasa itu.Untuk itu, satu usaha berterusan harus dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak.
Justeru, ibu bapa perlu mempunyai sikap hendak seribu daya dalam usaha melahirkan anak-anak cerdik serta berdaya saing.


Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik anak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kaedah yang terbaik adalah satu keluarga satu bahasa tetapi kadang kala ada kalangan ibu bapa yang tersasul bercakap bahasa Melayu. Amalkan budaya berbahasa Inggeris bukan bermakna mengetepikan bahasa ibunda tetapi bertujuan memahirkan anak dengan bahasa berkenaan.
Jangan rasa malu apabila menggunakannya. Jika ada kesalahan tertentu, segera perbetulkan. Ini membuatkan anak-anak seronok untuk belajar sama ada menggunakan kamus, membaca akhbar atau buku cerita dalam bahasa Inggeris.

Gunakan kad imbas Bahasa Inggeris
Kad imbas ini mengandungi gambar dan tulisan sebagai penerangan.
Banyak teknik yang boleh digunakan dengan kad imbas kerana anda tidak perlu terjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk objek-objek yang ada di kad imbas itu.
Ini bermakna anak-anak anda akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris itu berdasarkan gambar yang dilihat.
Ini amat baik kerana dengan cara ini, anak-anak anda akan belajar dalam bahasa Inggeris.

Kalau nak berjimat bolehlah membuatnya sendiri dengan menggunakan kad manila, kemudian lukis gambar atau potong gambar dari majalah dan lekatkan pada kad manila mengikut tema yg dibuat. Ia lebih jimat dan berkesan dalam kaedah pengajaran anda.

Apa yang penting dalam menggunakan teknik ini ialah:
1. Jangan paksa anak-anak terutama yg masih kecil kerana mereka mempunyai mood mereka.
2. Perlulah konsisten - Jangan kejap buat kejap tidak.
3. Ikut tingkah laku anak-anak - Jangan risau jika anak anda lewat sikit bercakap dengan betul.
4. Pastikan apa yang anda pertuturkan itu betul terutama dari segi tata bahasanya dan sebutan. Jika tidak pasti, semak pada kamus.


Melentur buluh biar dari rebungnya..didik anak biar dari kecilnya..
Kategori: | |
dbintanghati


Ibu bapa perlu menerap nilai murni supaya anak-anak membesar sebagai insan yang bersopan dan berakhlak serta hormat kepada orang tua.
Berikut panduan berguna kepada ibu bapa untuk anak dalam membentuk akhlak yang mulia:

Ajarlah anak-anak:

  • Salam dan cium tangan kedua-dua ibu bapa pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur atau pada waktu lain yang munasabah.
  • Ajar doa keampunan agar mereka sentiasa mengingati pergorbanan ibu bapa seperti doa: "Ya Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku sejak kecil dulu."
  • Tidak masuk ke kamar ibu bapa sebelum mendapat keizinan.
  • Meminta izin daripada ibu bapa apabila hendak keluar rumah.
  • Tidak melunjurkan kaki ketika duduk di hadapan ibu bapa.
  • Tidak memotong percakapan ibu bapa terutama ketika kedua-duanya berbual mengenai sesuatu perkara sama ada secara serius atau sebaliknya.
  • Tidak lalu atau melintas di hadapan orang tua kecuali meminta keizinan.
  • Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera.
  • Segera melakukan suruhan dan tidak lengah-lengahkan dan patuh meninggalkan segala larangan
  • Tidak menjamah hidangan makanan sebelum ibu bapa mendahuluinya dan tidak memanjangkan tangan untuk mengambil makanan di hadapan ibu bapa.
  • Berbincang segala masalah tanpa mengenepikan ibu bapa dalam urusan hidup.
  • Bercakap dengan lemah-lembut, beradab dan merendahkan suara di hadapan ibu bapa.

Segala panduan ini seharusnya perlu ada pada ibu bapa dalam mengasuh anak-anak berakhlak mulia dan sentiasa menghormati orang tua.

Kategori: | |
dbintanghati
Sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anaknya seharusnya ingin mendoakan kebahagiaan anak-anak..

Jika anda jarang berdoa, mulakanlah dari sekarang.. tadah tangan, memohon pada Allah untuk mengharapkan yang terbaik buat mereka. Jika sentiasa berdoa tetapi belum dimakbulkan, tingkatkan kekerapan berdoa kerana Allah pasti menduga dan mahu hamba-Nya terus meminta dengan penuh ketulusan.

-Pilihlah masa dan keadaan sesuai untuk berdoa. Seeloknya selepas solat dan berwuduk atau masa yang afdal untuk berdoa.
Berdoa boleh dilakukan bila-bila masa mengikut kesesuaian waktu dan tempat, asalkan memelihara adab yang sewajarnya.

-Mohon doa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan tawakal. Setiap doa yang dibuat perlulah di iringi dengan usaha positif demi mencapai hasrat di hati.

-Belajarlah untuk sentiasa mensyukuri nikmat daripada Allah dan redha dengan dugaan yang di terima serta sentiasa mengingati Allah walaupun selepas berdoa. Setiap kejadian dan dugaan Allah pasti ada hikmahnya.

-Latihlah anak-anak anda berdoa kepada Allah untuk diri sendiri, ibu bapa dan ahli keluarga, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kategori: | |
dbintanghati
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah tersebut secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu bersangkut paut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:- "Ini semua salah awak...!", "Awak bodoh...!", " Awak yg selalu buat salah...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan awak...", "Awak tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. Jadi selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan timbul banyak lagi masalah lain.
Kategori: | |
dbintanghati
Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati
Sekiraya anda suka kepada wanita,anda seharusya mempunyai sifat-sifat seperti di bawah..Antaranya ialah

01. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
02. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
03. Berpendirian teguh
04. Bersikap terbuka dan matang
05. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
06. Mempunyai sifat kepemimpinan.
07. Boleh berbincang dan berterus terang
08. Penyabar
09. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

So, pasti wanita juga sukakan anda..
Kategori: | |
dbintanghati
Beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada lelaki yang menjadi pilihan wanita..

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

So, adakah anda seorg lelaki yg mempunyai ciri-ciri di atas? Sekiranya ada, anda pasti menjadi lelaki pilihan wanita..Kalau masih kurang, teruskan usaha k..
Kategori: | |
dbintanghati
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut Islam antara lain bertujuan:

1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan suami isteri
Kategori: | |
dbintanghati
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi mahupun pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana khuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil dan tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau terjadinya tekanan perasaan.
 
Kategori: | |
dbintanghati
Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya. Berikut adalah antara ciri-ciri yang selalunya ada pada ibu-ibu yang memiliki ciri ibu sejati:

1. Kasih sayangnya
Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan manja tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Oleh itu anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.

2. Prihatin dan ambil berat
Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya.

3. Halus perasaan
Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa tubuh’ anaknya. Hati seorg ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anaknya tidak beritahu.

4. Suka memberi nasihat
Seorg ibu suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.

5. Sangat sabar dan berlapang dada
Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.

6. Lembut tapi tegas
Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

7. Suka meraikan
Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Contohnya apabila anak balik bercuti, seorg ibu akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.
Dia mahu anak-anaknya selesa dan dipenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

8. Tidak pilih kasih
Tiada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak-anak tidak kira yg sulung, kedua ketiga atau yang bongsu. Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anaknya dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa pilih kasih.


Kategori: | |
dbintanghati


Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) bagindayang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Kategori: | |