Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Bahasa Inggeris adalah bahasa global.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya mempelajari bahasa itu tanpa perlu memikirkan mengenai soal lain.
Ibu bapa perlu memikirkan natijah apabila anak-anak melangkah ke institusi pengajian tinggi, kebanyakan buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris bahkan pergaulan dan pelbagai perkara lain banyak yang menuntut pengetahuan mereka dalam bahasa antarabangsa itu.

Ibu bapa perlu faham bahawa penggunaan bahasa itu bukan hanya di kalangan anak-anak, tetapi mereka (ibu bapa) harus mempelajarinya dan bertutur dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak kekok apabila menggunakan bahasa itu.Untuk itu, satu usaha berterusan harus dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak.
Justeru, ibu bapa perlu mempunyai sikap hendak seribu daya dalam usaha melahirkan anak-anak cerdik serta berdaya saing.


Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik anak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kaedah yang terbaik adalah satu keluarga satu bahasa tetapi kadang kala ada kalangan ibu bapa yang tersasul bercakap bahasa Melayu. Amalkan budaya berbahasa Inggeris bukan bermakna mengetepikan bahasa ibunda tetapi bertujuan memahirkan anak dengan bahasa berkenaan.
Jangan rasa malu apabila menggunakannya. Jika ada kesalahan tertentu, segera perbetulkan. Ini membuatkan anak-anak seronok untuk belajar sama ada menggunakan kamus, membaca akhbar atau buku cerita dalam bahasa Inggeris.

Gunakan kad imbas Bahasa Inggeris
Kad imbas ini mengandungi gambar dan tulisan sebagai penerangan.
Banyak teknik yang boleh digunakan dengan kad imbas kerana anda tidak perlu terjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk objek-objek yang ada di kad imbas itu.
Ini bermakna anak-anak anda akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris itu berdasarkan gambar yang dilihat.
Ini amat baik kerana dengan cara ini, anak-anak anda akan belajar dalam bahasa Inggeris.

Kalau nak berjimat bolehlah membuatnya sendiri dengan menggunakan kad manila, kemudian lukis gambar atau potong gambar dari majalah dan lekatkan pada kad manila mengikut tema yg dibuat. Ia lebih jimat dan berkesan dalam kaedah pengajaran anda.

Apa yang penting dalam menggunakan teknik ini ialah:
1. Jangan paksa anak-anak terutama yg masih kecil kerana mereka mempunyai mood mereka.
2. Perlulah konsisten - Jangan kejap buat kejap tidak.
3. Ikut tingkah laku anak-anak - Jangan risau jika anak anda lewat sikit bercakap dengan betul.
4. Pastikan apa yang anda pertuturkan itu betul terutama dari segi tata bahasanya dan sebutan. Jika tidak pasti, semak pada kamus.


Melentur buluh biar dari rebungnya..didik anak biar dari kecilnya..
Kategori: |