Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Cerita seorang suami yg bernama Mat.(bukan nama sebenar)

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada satu malam tu~~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku.Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat dirumah".

"Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, gosok gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.Pastu panaskan enjin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur.Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar,waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"YaTuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja..

"Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni.....

"Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya....

..... Moral dari cerita ini :Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so kepada yang bergelar suami..hargai lah isteri anda..
Kategori: | |
dbintanghati


Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.

Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya.

Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya.

Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.

Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya.

Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

So, bibir anda jenis yang mane ek??Maklumat yg di beri hanya sekadar info..
dbintanghati
Bagi suami dan isteri, untuk menyemarakkan cinta di kamar.

Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.

“PENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja.” Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.

Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?

Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.

Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.

Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.

“Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.

“Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari,” katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.

“Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka,” katanya.

Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. “Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal,” jelasnya.

Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.

Tips daripada Papadopulus:
-Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.

- Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.

- Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.

- Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.

-Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.

- Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.

-Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra.

Sumber: Kosmo!
Kategori: | |
dbintanghati
Anda ingin kenali wanita? Di sini terdapat 10 tips mengenali wanita, ianya khas untuk lelaki..

1. Perempuan/Wanita inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya
dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan
kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka. Bila mereka rasa
terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang
amat setia dan cintakan anda sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang
mutlak telah diberikan kepada orang yang disayanginya, segala
pengorbanan akan dicurahkan tanpa memberi sebarang nilai-itulah
perempuan

2. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan
khabar atau pun mesej 'Hai' untuk menunjukkan
bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu
ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat
berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat
mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu
penting dalam diri anda dan sentiasa diperlukan.

4. Jangan ambil remeh temeh pada perkara yang amat
penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap
tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat
'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan
dapat rasakan yang anda betul-betul menyayangi mereka.

5. Perempuan/Wanita terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan
meminta bantuan anda walaupun mereka mampu melakukannya.
Jangan menolak sekiranya anda tiada halangan ketika itu. Inilah
masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an diri anda!

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka
dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan anda
disisi.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka
berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah selagi anda boleh berbincang dan
berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu
masalah. Jangan anda gunakan kuasa veto anda dalam
membuat keputusan.


9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah
perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa
yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan
memberi contoh 'cerita orang lain' kepada anda. Jadi anda kenalah
peka dan gunakan kepakaran tersendiri untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..
lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan
timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang
mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.
TETAPI anda jangan sama-sama meletup. Anda juga jangan lupa
dalam diri sendiri wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab
mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran,
toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan
ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin anda juga boleh 'cool'kan diri
iaitu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka
cemburu.Itu kerana mereka SAYANGkan anda!

Ada yg serupa dengan wanita yg anda kenal??Memang serupa kan..
Anda mampu mengenali mereka..
Kategori: | |
dbintanghati
Ingin tahu cara memikat gadis idaman dan menjadi suri di hati anda??

Ketahu bagaimana anda boleh menjadi lelaki "terunggul" dan menajdi rebutan para wanita!!

" Anda masih lagi kesunyian? Sering kecundang dalam CINTA?
Usah risau lagi!! Kini anda bakal mengetahui RAHSIA menjadi LELAKI yang hebat dan mampu menawan hati gadis idaman anda!"

Apa tunggu lagi? Sila klik banner di bawah ini..Semoga tindakan anda buat memberi anda ilham dan manfaat..

Kategori: | |
dbintanghati


Resepi 1:Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin anda kenali akan membantu anda mengenali dia, ketika anda akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

Resepi 2: Kekuatan untuk menghormati

Anda tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau anda tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut anda hormati ialah diri sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, anda patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang anda tidak suka, anda patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

Resepi 3: Kekuatan untuk memberi

Jika anda mahu menerima cinta, anda harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta anda beri, makin banyak yang akan anda terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada diri sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

Resepi 4: Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,anda mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang sedalamnya, anda harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika anda ingin membawa cinta ke suatu hubungan, anda harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

Resepi 5: Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat anda lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

Resepi 6: Kekuatan untuk melepaskan

“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika mahu belajar untuk mencintai, pertama anda harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

Resepi 7: Kekuatan dalam komunikasi

Ketika belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang anda cintai tahu bahawa anda mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang anda cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir anda melihatnya. Contohnya, jika anda akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang di cintai, siapa yang akan anda telefon, apa yang akan anda katakan dan sekarang kenapa anda menunggu?

Resepi 8: Kekuatan dari komitmen

Jika anda ingin mendapatkan cinta yang melimpah, anda harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakan anda. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika anda ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, anda harus setia dengan hubungan itu. Ketika anda terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

Resepi 9: Kekuatan semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus anda lakukan adalah mengisi hari – hari dengan penuh semangat.

Resepi 10: Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang akan menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Anda tidak boleh mencintai seseorang secara jujur sehinggalah anda mempercayainya secara jujur pula. Bersikaplah seakan – akan hubungan dengan orang yang anda cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk anda, tanyakanlah pada diri sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka anda harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

So, selamat mencuba resepi-resepi ini..


Kategori: | |
dbintanghati

“Cinta itu bagaikan sebuah jalan”

Seorang pecinta terbaik adalah sahabat yang terhebat
Cinta tak pernah begitu indah jika tanpa persahabatan
Jangan pernah takut untuk jatuh cinta
Mungkin akan begitu menyakitkan atau akan menyebabkan rasa sakit dan menderita tapi jika kita tak mengikuti hati, kita akan menangis jauh lebih pedih saat kita menyedari bahawa kita baru mencintai seseorang


Jangan berharap seseorang mencintai kita seperti kita mencintainya

Cinta bukan sekadar perasaan tapi sebuah komitmen


Cinta tak perlu berakhir bahagia kerana cinta tak perlu berakhir


‘Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan’

Cinta tidak datang dari bibir lidah dan fikiran melainkan dari hati

Jika mencintai harus siap menerima penderitaan kerana mengharapkan kebahagiaan akhir dari sebuah cerita sedangkan penderitaan adalah awal dari kebahagian.


Lebih baik kehilangan harga diri dan ego bersama orang yang kita cintai daripada kehilangan orang yang kita cintai kerana ego tak berguna saat itu.

‘ Bagaimana aku akan mengatakan selamat tinggal pada seseorang yang tidak pernah ku miliki !!!!’

Kenapa titis airmata jatuh demi orang yang tak pernah menjadi kepunyaan ku!!!
Kenapa aku merindukan orang yang tak pernah bersama ku ?
Kenapa aku mencintai seseorang yang cintanya tak pernah untuk ku…..

Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti
Cintailah dia seperti angin kerana angin berhembus selamanya.

Cinta mungkin akan meninggalkan hatimu bagaikan kepingan-kepingan kaca, tapi simpankan lah dalam fikiran mu bahawa ada seseorang yang bersedia untuk menampal lukamu dengan mengumpulkan kembali serpihan-serpihan kaca itu sehingga akan menjadi utuh kembali …..


Mencintai bukan untuk memiliki tapi hanya untuk mendewasakan diri


Semuanya adalah tentang CINTA..
Kategori: | |
dbintanghati


Dihadapan orang yang anda cintai, jantung anda tiba-tiba berdebar lebih cepat dihadapan orang yang anda sukai.

Apabila anda melihat kepada mata orang yang anda cintai, mata anda berkaca kaca

Apabila anda melihat kepada mata orang yang anda sukai, anda hanya tersenyum saja

Dihadapan orang yang anda cintai, kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam

Dihadapan orang yang anda sukai, kata kata hanya keluar dari fikiran saja

Jika orang yang anda cintai menangis, anda pun akan ikut menangis disisinya

Jika orang yang anda sukai menangis, anda hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika anda mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga

Tapi apabila anda cuba menutup mata dari orang yang anda cintai, Cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihati dalam jarak waktu yang cukup lama

Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada perasaan yang lebih mendalam.
iaitu rasa sayang…. rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.

Perasaan yang dapat membuat anda berkorban untuk orang yang anda sayangi. Sanggup menderita demi kebahagiaan orang yang anda sayangi.

Itulah bezanya antara cinta dan suka..fikir-fikirkanlah..
Kategori: | |
dbintanghati


CINTA....kata-kata itu sering kali masih dipertanyakan ??

ada yang kata cinta itu anugerah Ilahi
ada yang kata cinta itu buta.....
ada juga yg kata cinta itu menyakitkan.....
tapi juga ada yang kata cinta itu indah...
cinta itu nikmat, bagus...
dan masih banyak lagi yang lain.....
dan rasanya semuanya itu ada benarnya juga....

Memang cinta itu kadang buta, dan bisa menyakitkan...
kadang juga bisa menjadi indah dan terasa nikmat buat kita...
Tapi yang yang pasti cinta itu memang anugerah Tuhan buat kita...
kerana tanpanya kita tidak kenal apa itu cinta....

Jadi bagi anda yang masih mencari erti cinta.....
tetaplah mencari jangan cuma puas dengan satu erti cinta...
kerana cinta itu mempunyai banyak erti....
Kerana CINTA itu juga salah satu cara TUHAN berbicara dengan kita....
Kategori: | |