Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Bila di tanya soal bila nak berkahwin, pasti ramai yg menyatakan jodoh belum datang..jodoh xde lagi.. dan pelbagai jawapan yg akan diberi..sememangnya pertanyaan jodoh itu menggusarkan perasaan namun mungkin ayat-ayat di bawah dapat meringankan kegusaran di hati anda...Fahamilah dan renung-renungkan lah..


Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat sedikit jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biarlah hidup seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab kemudian nanti.


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat dan bagi usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa-doa selepas sembahyang. Allah sentiasa mendengar luahan dari anda.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, pasti bahagia kalau mendapat sesuatu yang kita inginkan. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga hadir bersama masalah-masalah yg tidak di duga.

Anda selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati, tentu bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai hal. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli buah-buahan di tepi jalan. Orang lain membeli sekilo dapat RM10, dia terpaksa membayar lebih pulak 2X ganda RM20.

Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, penunggang motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau hanya menunggang sebuah motosikal dan cepat sampai ke destinasi padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta seperti anda.Tentu rasa hebat.Tak perlu berhenti bila hujan..tidak lagi kena simbahan dari tompokan air di jalan raya.tak perlu beli baju hujan..


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan anda. Kebahagiaan yang di impikan mungkin ada namun derita yang tidak di minta pasti hadir bersama. Setiap benda dan perkara pasti ada baik buruknya. Hanya kita sahaja yang berhak memikirkan penyelesaiannya dan kesannya.
Kategori: | |
dbintanghati
Anda ingin tahu rasa cinta..dan inilah hakikat cinta..selamilah ia..pasti anda terasa..

1. Jika anda memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah anda ambil terus ikan itu…. janganlah sesekali anda lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail anda dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah anda memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangi anda hendaklah di jaga hatinya…. janganlah sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama anda dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati anda

2.Jika anda menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap takungan itu begitu teguhh.. cukuplah sekadar keperluan. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk anda menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika anda cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika anda memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah anda terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia hanya insan biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi anda untuk menerimanya. …Akhirnya anda sendiri kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika anda memaafkannya boleh jadi hubungan anda akan berterusan hingga ke akhirnya..

3. Jika anda telah memiliki sepinggan nasi… yang anda rasa pasti baik untuk diri anda. boleh mengenyangkan, berkhasiat tapi mengapa anda berlengah untuk cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak, nasi itu akan basi dan anda tidak boleh memakannya. Anda akan menyesal.

Begitu juga jika anda telah bertemu dengan seorang insan yang anda pasti membawa kebaikan kepada anda... dapat menyayangi anda mencurahkan kasih untuk anda namun mengapa anda berlengah, cuba membandingkannya dengan orang lain...terlalu mengejar kesempurnaan kelak, anda akan kehilangannya dan anda akan menyesal apabila dia berlalu pergi.
Kategori: | |