Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Anda ingin tahu rasa cinta..dan inilah hakikat cinta..selamilah ia..pasti anda terasa..

1. Jika anda memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah anda ambil terus ikan itu…. janganlah sesekali anda lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail anda dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah anda memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangi anda hendaklah di jaga hatinya…. janganlah sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama anda dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati anda

2.Jika anda menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap takungan itu begitu teguhh.. cukuplah sekadar keperluan. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk anda menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika anda cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..

Begitu juga jika anda memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah anda terlalu mengaguminya dan janganlah menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia hanya insan biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi anda untuk menerimanya. …Akhirnya anda sendiri kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika anda memaafkannya boleh jadi hubungan anda akan berterusan hingga ke akhirnya..

3. Jika anda telah memiliki sepinggan nasi… yang anda rasa pasti baik untuk diri anda. boleh mengenyangkan, berkhasiat tapi mengapa anda berlengah untuk cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak, nasi itu akan basi dan anda tidak boleh memakannya. Anda akan menyesal.

Begitu juga jika anda telah bertemu dengan seorang insan yang anda pasti membawa kebaikan kepada anda... dapat menyayangi anda mencurahkan kasih untuk anda namun mengapa anda berlengah, cuba membandingkannya dengan orang lain...terlalu mengejar kesempurnaan kelak, anda akan kehilangannya dan anda akan menyesal apabila dia berlalu pergi.
Kategori: |