Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Berilah penghormatan kepada cinta yang hadir..Setiap orang akan merasai apa itu cinta namun ia pastinya berbeza-beza..

Sekiranya anda dapati anda menyintai seseorang yang tidak membalas cinta anda, janganlah merasa tersisih dan malu. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang..

Sekiranya anda dicintai oleh seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan cinta itu.

Bagaimana anda mengurusi cinta begitulah jua anda mengurusi diri anda sendiri dan setiap hati dan perasaan yg mengalami kepedihan dan di limpahi kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan akhirnya cinta yang hadir itu pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti..

Janganlah anda terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa..Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri yang ada di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati anda..tok..tok..tok..teruskanlah melayari erti cinta kerana hanya yg melaluinya akan rasa apa itu cinta..

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, CINTA sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri dalam kehidupan anda... dan bagi anda yang pernah merasa CINTA bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati ANDA.
Kategori: | |