Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati











Kategori: | |
dbintanghati




Kategori: | |
dbintanghati
WANITA TANAH

Wanita Tanah ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Taurus (21 April-20Mei)
Virgo(24Ogos-23 September)
Capricon(22 Disember-20 Januari).

-Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
-Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA API

Wanita api ialah wanita yang dilahirkan di bawah zodiak

Aries(21 Mac-20 April)
Leo(24Julai-23 Ogos)
Sagittarius(23 November-21 Disember).

-Dilahirkan sebagai pemimpin.
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Wanita Angin ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Cancer(22Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November)
Pisces(20 Februari-20 Mac).

-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan juga cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.( tgk filem hindustan pasti banyak guna tisu kan. :-))
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri."

Anda wanita yg mana satu ?Kenalilah peribadi anda..hanya sekadar info.
dbintanghati

Saat cinta berbunga di jiwa, dan berada di alam cinta semuanya indah belaka..Pelbagai ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berada di sisi di kala hati penuh gembira, di kala duka datang melanda dan bila semangat kian rapuh. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan..adanya cinta juga hidup teramat indah..

Namun, apabila perkataan CINTA semakin pudar dari hati, hilang dan sepi dan dek banyak halangan dan onak yg harus di tempuhi kerananya, anda terpaksa untuk melupakannya.

Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu di tempuhi. Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya,harus di ingat itu semua bukan kehendak anda.

Permulaannya memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh di hadapi.Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta seterusnya yang lebih teguh, kukuh sehingga bahagia bersama sampai hujung nyawa.

Kecewa CINTA..rawati dan sembuhkan lah..
Kategori: | |
dbintanghati
Kasihmu anak kepada ibu bapa..Adakah seluas laut yg terbentang? Adakah seluas langit yg membiru? adakah seluas padang yg menghijau?

Wahai anak-anak semua, kasihilah kepada kedua ibu bapa. Kebanyakan kita, di saat ibu bapa masih hidup tidak mudah bagi kita untuk menghargai kasih sayang mereka. Padahal cinta mereka begitu mendalam terhadap kita. Di dalam setiap hela nafas, di setiap gerak bibir dan langkah mereka tersemat kasih sayang yang tidak ternilai harganya kepada anak mereka. Tidak ada yang mereka fikirkan begitu penting selain keluarga mereka terutamanya anak mereka. Tahukah kita bahawa anak adalah semangat penerus kehidupan ibubapa? Bahkan dalam kemarahan, kekecewaan dan kesedihan mereka masih boleh tersenyum di hadapan anak-anak. Semua ini hanya kerana kasih sayang mereka terhadap kita.

Mungkin bagi sesetengah dari kita, ini mungkin nasihat lapuk yang sudah selalu sering didengar. Namun ketahuilah dan hayatilah , kalimat ini tidak akan pernah lapuk kerana suatu hari nanti seorang anak juga akan bergelar ibu atau bapa. Mengasihi ibubapa sebenarnya mengasihi diri kita sendiri. Ingatlah kita dilahirkan dari sebuah kasih sayang, kita membesar dalam naungan kasih sayang dan kita juga akan ditinggalkan dengan lambaian kasih sayang. Mungkin belum terlambat, namun sebelum hati menyesal, sedarilah dan fikirkanlah ibu bapa kita serta kasihilah mereka. Bagi ibu bapa, balasan kasih sayang ini jauh lebih berharga daripada apa pun yang pernah mereka perolehi. Bagi mereka kasih sayang dari anak itulah bekal yang sebaik-baiknya untuk menikmati usia senja mereka dan bukannya wang ringgit dan harta. Lambakkanlah segunung harta dan wang ringgit pun kepada mereka hatta kasih sayang jua lah merupakan kebahagiaan kepada kedua orang tua kita.

Ingatlah sentiasa kepada ibu bapa kita..Wahai anak-anak, selagi hayat dikandung badan, selagi nyawa masih ada, berikanlah secukupnya kasih sayang kepada ibu dan bapa kita.
Kategori: | |
dbintanghati
Pernahkah anda fikirkan..Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?Saat kita menangis?, Saat kita membayangkan sesuatu?. Itu semua kerana hal terindah di dunia ini tidak terlihat…Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya seiring dengan kita, kita bersatu dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan kasih sayang. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan tetapi ingatlah…melepaskan bukan akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang akan menghargai betapa pentingnya orang yang telah hadir dalam kehidupan mereka…

Mencintai itu..
Bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan.
Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu memahami.
Bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan.
Bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang. Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang.. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri.

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. Apabila benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai.melainkan… berjuanglah demi cinta. Itulah namanya CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan daripada berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.


Semuanya Atas Nama CINTA..
Kategori: | |
dbintanghati


Anda tahu yg anda merindui seseorang apabila jantung mula berdegup kencang ketika teringatkan si dia dan walaupun sekadar "Hi" daripada si dia mencukupi sebagai penenang jiwa.

Makna:Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak sedari ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

"Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu". "Jangan terlalu mengambil berat, saya akan menyukai kamu". "Jangan jadi terlalu 'sweet', saya akan jatuh hati kepada kamu". Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Makna:Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya ingatlah dia pernah membahagiakan kamu.
Makna: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Makna: Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi kali kedua.
Makna: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia. Jangan biarkan dia pergi begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."
Makna: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
Makna: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi. Terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama anda ketika ini tetapi masih menyayangi anda sepenuh hatinya.

Kelakarnya bila anda meletakkan standard untuk orang yg bakal anda sayangi, tetapi jauh di sudut hati, anda tahu yang orang yg anda sayangi itu terkecuali daripada standard itu.
Makna: Anda amat kritikal terutamanya kepada orang yg anda sayangi kerana anda mahukan yang berbaik untuk diri anda. Tetapi, sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama dan ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.
Makna: Jika anda bertemu seseorang yang benar-benar menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih dan cinta anda.

Menyayangi atau mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya dan kemudian lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Makna: Kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayangi atau cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakinlah terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini: "Saya tidak percaya dengan courtship(mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja. Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court'(sentiasa cuba memenangi) anda selamanya.
Makna: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

Terdapat cinta pandang pertama,tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya, merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Makna: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan.

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu atau berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya. Anda tidak pernah kalah atau kecewa dalam menyayanginya. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Makna: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayangi. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka.

Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Makna: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Makna: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi menyintai anda, jangan ragui tujuan mereka kerana keihlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.
Apabila anda bercinta, - ia bukan lesen untuk anda difahami tetapi untuk anda memahaminya.
- ia bukan lesen untuk anda mengambil itu dan ini tetapi untuk diambil.
- ia adalah untuk anda mendengar bukan supaya anda didengar.
- ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur bukan untuk anda
meminta itu dan ini.
- ia bukan untuk anda berkira-kira atau mengukur tetapi untuk anda
mencintai.

So, selamilah hati, tanyalah hati..hanya diri anda yg ketahui.
Kategori: | |
dbintanghati
Bulan JANUARI

-bercita-cita tinggi dan orangnya serius
-suka mendidik dan dididik
-sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
-rajin dan setiap apa yg dibuat nampak keuntungan
-suka bergaya, kemas dan teratur
-bersifat sensitif , berfikiran mendalam
-pandai mengambil hati org lain
-pendiam kecuali telah dirangsang
-agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
-mudah mendisiplinkan diri sendiri
-badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
-bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
-cukup sayangkan kanak-kanak
-suka duduk di rumah
-setia pada segala-galanya
-perlu belajar kemahiran sosial
-ada sifat cemburu yg sangat tinggi

Bulan FEBRUARI

-berfikiran abstrak
-sukakan benda yang realiti dan abstrak
-pandai, bijak dan genius
-berpersonaliti yg mudah berubah
-mudah menawan org lain
-agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
-jujur dan setia pd segalanya
-keras hati untuk mencapai matlamat
-tidak suka dikongkong
-mudah memberontak apabila dikongkong
-suka kegiatan yg lasak
-emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
-mudah mempamirkan marahnya
-tidak suka benda yg remeh-temeh
-suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
-sangat berani dan suka memberontak
-bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan
-ada harapan utk merealisasikan impiannya
-pemerhatian yg tajam
-suka hiburan dan sukan
-suka benda yg bersifat seni
-sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
-berkecenderungan pd benda yg tahyul
-amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
-belajar untuk mempamirkan emosi

Bulan MAC

-berpersonaliti yg menarik dan menawan
-mudah didampingi
-sgt pemalu dan jenis yg memendam rasa
-sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
-sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
-suka pada kedamaian
-sgt peka kepada orang lain
-sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
-tidak cepat marah dan sangat amanah
-tahu balas budi dan tahu kenang budi
-pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
-kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
-suka berangan-angan
-suka melancong
-sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
-kelam kabut dalam memilih pasangan
-suka dgn hiasan rumahtangga
-punya bakat seni dalalm bidang muzik
-kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
-jgn terlalu moody.

Bulan APRIL

-sgt aktif dan dinamik
-cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
-sgt menarik dan pandai manjakan diri
-mempunyai daya mental yg sangat kuat
-suka diberi perhatian
-sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
-berani dan tiada perasaan takut
-suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
-santun dan pemurah
-emosi cepat terusik
-kecenderungan bersifat dendam
-agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
-kuat daya ingatan
-gerak hati yg sangat kuat
-pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
-berpenyakit disekitar kepala dan dada
-sgt cemburu dan terlalu cemburu

Bulan MEI

-kekerasan hati & degil
-kuat semangat & bermotivasi tinggi
-pemikiran yg tajam
-mudah marah apabila tidak dikawal
-pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
-perasaan yg amat mendalam
-cantik dr segi mental & fizikal
-tidak perlu dimotivasikan
-tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
-mudah dipujuk
-bersikap sistematik (otak kiri)
-suka berangan
-kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
-bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
-daya khayalan yg tinggi
-permikiran yg tajam
-pandai berdebat
-fizikal yg baik
-kelemahan sistem pernafasan>
-suka sastera,seni & muzik serta melancong
-tidak berapa suka duduk dirumah
-tidak boleh duduk diam
-tidak punya ramai anak
-rajin dan bersemangat tinggi
-agak boros

Bulan JUN

-berfikiran jauh & berwawasan
-mudah ditawan kerana sikap yg baik
-berperangai yg lemah lembut
-mudah berubah sikap, perangai, idea dan juga mood
-idea yg terlalu banyak dikepala
-bersikap sensitif
-sentiasa berfikir
-sukar melakukan sesuatu dgn segera
-bersikap suka menangguh-nangguh
-bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
-cepat marah & cepat sejuk
-suka bercakap & berdebat
-suka buat lawak & bergurau
-otaknya cerdas berangan-angan
-mudah berkawan & pandai berkawan
-org yg sangat tertib
-pandai mempamerkan sikap
-mudah kecil hati
-mudah kena selsema
-suka berkemas
-cepat rasa bosan
-sikap terlalu memilih & cerewet
-kurang mempamerkan perasaan
-lambat nak sembuh apabila terluka hati
-suka kepada barang yang berjenama
-kedegilan yg tidak terkawal
-sesiapa yg memuji adalah musuh tetapi siapa menegur adalah kawan.

Bulan JULAI

-Sangat seronok didampingi
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
-Agak pendiam kecuali dirangsang
-Ada harga dan maruah diri
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus
-Sangat menjaga hati orang lain
-Sangat peramah
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya berjiwa sentimental
-jarang berdendam
-mudah memaafkan tapi sukar melupakan
-tidak suka benda remeh-temeh
-membimbing cara fizikal dan mental
-ambil berat, sgt peka dan mengasihi serta penyayang
-layanan yg serupa dgn semua orang
-tinggi daya simpati
-pemerhatian yg tajam
-suka menilai org lain dgn pemerhatian
-mudah dan rajin belajar
-suka muhasabah diri
-suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
-suka mendiamkan diri
-suka duduk dirumah
-suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-tak agresif kecuali terpaksa
-lemah dari segi kesihatan perut
-mudah gemuk kawal tak kawal diet
-minta disayangi
-mudah terluka hati tapi lambat pulih
-terlalu mengambil berat
-rajin dalam membuat kerja

Bulan OGOS

-suka berlawak
-mudah tertawan kepadanya
-sopan santun dan ambil berat terhadap org lain
-berani dan tidak tahu takut
-orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
-pandai pujuk org lain
-terlalu pemurah & bersikap ego
-nilai harga diri yg sangat tinggi
-dahagakan pujian
-semangat juang yg luar biasa
-cepat marah & mudah mengamuk
-mudah marah apabila cakapnya dilawan
-sangat cemburu
-daya pemerhatian yg tajam & teliti
-cepat berfikir
-fikiran yg berdikari
-suka memimpin & dipimpin
-sifat suka berangan
-berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
-sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-cepat apabila ditimpa penyakit
-belajar utk relax
-bersikap kelam kabut
-romantik ,pengasih, penyayang
-suka mencari kawan

Bulan SEPTEMBER

-sangat bersopan santun & bertolak ansur
-sangat cermat, teliti & teratur
-suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
-pendiam tapi pandai bercakap
-sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
-kerja yg dilakukan sangat sempurna
-sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur
-sangat sensitif yg tidak diketahui
-org yg banyak berfikir
-daya pentaakulan yg baik
-otak bijak & mudah belajar
-suka mencari maklumat
-kawal diri dari terlalu mengkritik
-pandai mendorong diri sendiri
-mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
-suka sukan, hiburan & melancong
-kurang menunjukkan perasaannya
-terluka hatinya sangat lama disimpan
-terlalu memilih pasangan
-sukakan benda yg luas
-bersistematik

Bulan OKTOBER

- suka sembang
-suka org yg sayang padanya
-suka ambil jln tengah
-sangat menawan & sopan santun
-kecantikan luar & dalam
-tidak pandai berbohong & berpura-pura
-mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
-sentiasa berkawan
-hatinya mudah terusik tetapi merajuknya sekejap sahaja
-cepat marah
-macam pentingkan diri sendiri
-tidak menolong org kecuali diminta
-suka melihat dari perspektifnya sendiri
-tidak suka terima pandangan org lain
-emosi yg mudah terusik
-suka berangan & pandai bercakap
-emosi yg kelam kabut
-daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
-suka melancong,bidang sastera & seni
-pengasih , penyayang & lemah lembut
-romantik dlm percintaan
-mudah terusik hati & cemburu
-ambil berat tentang org lain
-suka kegiatan luar
-org yg adil
-boros & mudah dipengaruhi persekitaran
-mudah patah semangat

Bulan NOVEMBER

-banyak idea dalam perkara
-sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
-berfikiran kehadapan
-berfikiran unik dan bijak
-penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
-pemikiran yg tajam
-daya firasat yg sgt halus dan tinggi
-bagus untuk jadi doktor
-cermat dan teliti
-personaliti dinamik
-sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
-banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
-berani, pemurah setia dan byk kesabaran
-terlalu degil dan keras hati
-apabila hendakkan sesuatuakan diusahakan sehingga berjaya
-tak suka marah kecuali digugat
-mudah ambil berat terhadap orang lain
-pandai muhasabah diri
-cara berfikir lain dari org lain
-otak yg sangat tajam
-pandai mendorong diri sendiri
-tidak hargai pujian
-kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
-dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
-badan yg sasa
-kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
-romantik
-tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
-suka duduk dirumah
-sangat rajin dan berkemampuan tinggi
-amanah, jujur setia dan pandai berahsia
-tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
-bercita-cita tinggi
-perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Bulan DISEMBER

-Sangat setia dan pemurah
-Bersifat patriotik
-Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
-Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
-Bercita-cita tinggi
-Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
-seronok didampingi
-Suka bercampur dgn org
-Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
-Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
-Tidak pandai berpura-pura
-Cepat marah
-Perangai yg berubah-ubah
-Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
-Benci pada kongkongan
-Suka berlawak
-Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


Sudah kenal peribadi melalui bulan kelahiran anda..Ada yg betul tak mengenai peribadi anda?Yang baik di teruskan yg tak bagus di ubahkan..kita kenal diri kita..
Kategori: | |