Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
WANITA TANAH

Wanita Tanah ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Taurus (21 April-20Mei)
Virgo(24Ogos-23 September)
Capricon(22 Disember-20 Januari).

-Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
-Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA API

Wanita api ialah wanita yang dilahirkan di bawah zodiak

Aries(21 Mac-20 April)
Leo(24Julai-23 Ogos)
Sagittarius(23 November-21 Disember).

-Dilahirkan sebagai pemimpin.
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
- Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
- Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Wanita Angin ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
- Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
- Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
- Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air ialah wanita yang lahir di bawah zodiak

Cancer(22Jun-23 Julai)
Scorpio(24 Oktober-22 November)
Pisces(20 Februari-20 Mac).

-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan juga cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.( tgk filem hindustan pasti banyak guna tisu kan. :-))
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri."

Anda wanita yg mana satu ?Kenalilah peribadi anda..hanya sekadar info.