Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati


Kategori: | |
dbintanghati
Hidup ini penuh dengan CINTA..namun cinta bukanlah daripada bait kata-kata sahaja tetapi ianya seakan segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlulah diungkit lagi sekiranya hatimu benar-benar menyintai dirinya.Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.

Beberapa tips memelihara cinta agar ia sentiasa segar di hatimu.

-Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang berpengaruh atau berpangkat. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah diriku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah atau hanya inginkan sesuatu tanpa cinta?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

-Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks semata. Pasangan yang melakukan hubungan seksual sebelum hubungan itu sah akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

-Percaya akan kelemahan pasangan

Jangan abaikan keputusan hanya untuk memiliki sebuah hubungan itu atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan menyatakan seperti, ’saya tidak dapat melaksanakan komitmen dengan baik,”maka percayalah dia.

Seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersedia menghabiskan waktu untukmu atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati dirimu.’

-Rahsiakan

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaanmu terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan anda berdua.

- Terima seadanya

Terimalah pasangan dengan niat hati yang ikhlas bukan hanya sewaktu bercinta sahaja, pada awal perkahwinan sahaja dan sewaktu berbulan madu..terimalah pasangan seadanya sehingga hujug nyawa.

-Jadi pemerhati

Bersikap sebagai pemerhati terhadap pasangan. Cuba perhatikan dan fahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling utama ialah sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku dalam perhubungan. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

-Buktikan siapa dirimu

Fokus pada setiap perkara yang di gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

- Kekasih Lama kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hatimu suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi sesiapa yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan menjadi resah gelisah dan tidak menentu pastinya hadir dan memaksa diri membuat keputusan. Maka buatlah keputusan agar tidak kembali menyulam cinta dengannya. Anggaplah ianya sejarah silam kehidupan cinta yang menjadi memori hidup dan lupakan segalanya dengan memulakan kehidupan baru dan cinta baru.

- Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang baik akan meningkatkan penghargaan kepada diri dan pasanganmu. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan dalam perhubungan..kejutan kemesraan, kejutan kebahagiaan..


Walau berapa lama perhubungan yang terjalin antara dirimu dan pasangan, peliharalah cintamu..biar mekar biar mewangi sentiasa..
Kategori: | |