Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati





Kategori: | |
dbintanghati



Kategori: | |
dbintanghati



Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati
Sambungan dari Petua rumahtangga Bahagia (bhgn 1)..

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Sumber:PakarHowTo.Com
Kategori: | |
dbintanghati
Anda sayang suami anda? Di sini ada beberapa petua untuk mengasihi suami..

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk pengotor,selekeh atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfestasikan cintanya.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Ingat wahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati lelaki mudah berkata' inginkanseseorang yang dapat membantu', jangan lah hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca apabila umurnya 40 an.

Sumber: PakarHowTo.Com
Kategori: | |
dbintanghati


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta. Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ye, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik dan saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalau tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau,
klik pada banner di bawah ini ,insyaAllah dapat membantu..
Kategori: | |
dbintanghati
10 perkara yang lelaki sangat tidak suka mengenai wanita adalah:
  • Wanita yang suka mengumpat!
  • Wanita yang menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
  • Wanita yang hisap rokok.
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki! (Camni pun ader)
  • Wanita yang hipokrit.
  • Wanita yang tak pandai mengemas.
  • Wanita yang "Queen Control" atau suka mengarah-arah.
  • Wanita yang suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli.
  • Wanita yang kuat merajuk dan sukar dipujuk. (Sekali-sekala takpe...)
  • Wanita yang kuat berleter walau hal remeh temeh!

jika 10 perkara ini ada di dalam diri anda, cepat-cepatlah berubah ok..

Kategori: | |