Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati

Baiklah berikut adalah tanda-tanda lelaki sudah jatuh cinta kepada anda:

[+] Si dia akan belanja anda makan atau minum.
[+] Si dia ingin meminjam sesuatu dari anda atau meminta bantuan daripada anda. Langkah ini supaya dia lebih dekat dengan anda.
[+] Si dia akan ajak anda bersiar-siar atau membeli-belah dimana langkah ini membuatkan anda menerima dia.
[+] Si dia akan bertanya mengenai keluarga anda dan pada masa yang sama menceritakan mengenai keluarganya. Secara tidak langsung anda dan si dia akan menjadi lebih rapat.
[+] Si dia akan bertanya khabar tentang anda.
[+] Si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini bermakna dia ingin melanjutkan hubungan lebih daripada seorang kawan.

So, camner??Mungkin selama ini anda tak perasan bahawa si dia sudah jatuh cinta dengan anda maka tanda-tanda di atas dapat membantu. .Kalau lum ader kekasih xpe la..kalau dh ader kekasih..jgn layan lelaki lain k..
Kategori: | |
dbintanghati
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama.

Inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

1. Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda. Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal. Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".

2. Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semestinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawab. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.

3. Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal..
Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati.

Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tentang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah di cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

4. Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Cuba ler..

Hope, saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untuk lelaki..Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran nanti..
Kategori: | |
dbintanghati

Beberapa tanda yang anda telah jatuh cinta kepada si dia ataupun petanda anda benar-benar mencintai si dia. Dua perkara di atas merupakan satu maksud yang sama sebenarnya iaitu C.I.N.T.A.

Tanda-tandanya ialah:

[-] Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
[-] Anda akan sentiasa merindui dia.
[-] Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
[-] Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
[-] Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akanberdegup pantas(dup dap dup dap).
[-] Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
(senyum sampai ke telinga)
[-] Dia sentiasa di fikiran anda.
[-] Apabila anda membaca artikel ini pun, pada masa yang sama anda dok terbayangkan si dia.

Betul ke dengan tanda-tanda di atas terbukti bahawa anda benar-benar telah jatuh cinta kepada si dia?..Sesape yg penah bercinta..mesti kata iyolah..den dh jatuh cinta..

So, apa lagi..Jika benar ada tanda-tanda di atas maka lakukanlah tindakan yang bijaksana dan jangan lakukan tindakan yang boleh menyebabkan anda kehilangan si dia.
Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati
Bagaimana menjaga hati ibu bapa kita? Di sini terdapat 10 perkara yang anda sebagai anak boleh lakukan dalam menjaga hati ibu bapa.

1. Ibu bapa akan sejuk hati jika kata2 mereka ditaati dan diikuti oleh anaknya.

2. Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap lunak, tentu ibu bapa senang. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung.

3. Berbakti kepada ibu bapa. “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

4. Pandang mereka dengan penuh kasih sayang dan gembirakan hati mereka dengan selalu senyum dan bermanis muka kerana ia memberi kesan di hati ibubapa. menurut Nabi s.a.w., Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang) adalah ibadah.(Riwayat Abu Daud)

5. Hati ibu bapa terhibur jika anak mereka tahu menghormati mereka. Nabi s.a.w. banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk dan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk ke mana2.

6. Hargai pemberian dari ibu bapa kita. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya.Oleh itu mereka akan berasa senang hati.

7. Jika sudah tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka.

8. Peka dengan apa yang ibu bapa suka atau tak suka. Jangan buat sesuatu yang anda tahu ibu bapa anda tak suka. Anda juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapa, tempat yang ibu bapa suka pergi dan sebagainya. Ini akan membuatkan ibu bapa anda terhibur.

9. Minta pandangan, nasihat, restu dan doa dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan yg melibatkan persoalan besar dalam hidup anda.Pasti ibu bapa akan merasa bangga kerana anak2 masih merujuk kepada mereka sebagai orang tua.

10. Kebanyakan ibu bapa pastinya menyimpan hasrat terhadap anak2 mereka. Mahukan anak berjaya dalam hidup, menjadi anak soleh dan solehah serta tahu kenang jasa kedua ibu bapa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka.

Untuk membalas sepenuhnya jasa ibu bapa memang tak mungkin tapi jika anda tahu kenang jasa dan menjaga hati mereka , ibu bapa anda pasti akan rasa bahagia.
Kategori: | |
dbintanghati
Ibu bapa mana yg tidak sayangkan anak mereka? Semua ibu bapa sayangkan anak, begitu juga sebaliknya. Kadang2 ada orang tidak selesa dgn kehadiran ibu bapa mereka sendiri ataupun adik beradik yg sentiasa berdamping dgn mereka. Ingatlah bahawa kawan boleh dicari tetapi ingatlah bahawa ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat itu adalah hadiah dari Allah, semua ini ada hikmah disebalik apa yg ditentukan oleh-Nya.

Firman Allah SWT :-"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapa mu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan).-Surah Luqman 31 : 14

Kita seharusnya amat bersyukur dapat ibu bapa yg mengambil berat tentang diri kita, mengasuh dari kecil memberi pendidikan yg secukupnya.. Ya Allah terima kasih kepadaMu..
Ada diantara kawan2 kita yg tidak dapat merasai kasih sayang dari ibu bapa mereka, seharusnya kita bersimpati akan kisah mereka itu..

Jadi,jgn luper pada ibu bapa kita k..Semoga Allah memberkati kita semua.
Kategori: | |
dbintanghati
Sabdaan Nabi saw”Ya Rasulullah!Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?
Jawab Rasulullah Saw:Ibumu.
Lelaki itu bertanya sekali lagi:Kemudian siapa lagi?
Ujar baginda:Ibumu.
Lelaki itu bertanya lagi?kemudian siapa lagi?
Jawab Baginda:Ibumu.Lelaki itu bertanya lagi:Siapa lagi?
Baginda menjawab:Bapamu(Muttafaqun alaih)

Ibu bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah swt sehingga Allah swt memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.
Allah berfirman” dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra 23)

Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai demgan wang atau harta benda.Segala kesusahan ketika hamil sehinggalah melahirkan akan hilang apabila mendengar tangisan pertama anaknya.Sebagai anak, kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu.
Allah berfirman” dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 14)

Nabi saw “Semua dosa akan ditanngguhkan Allah,yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat,kecuali balasan menderhaka kepada ibu-bapa.Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati”
(Riwayat Al-Hakim)

Sabdaan Nabi saw”Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu-bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu-bapa”(Riwayat Tirmizi)

Sabdaan Nabi saw”Redha Allah bergantung pada redha dua ibu-bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.(Riwayat Al-Hakim)

So,jadikanlah hari-hari kita sebagai hari-hari yang mengembirakan ibu dan bapa kita.Balas segala kesusahan dan kepayahan ibu dan bapa menjaga serta memelihara kita dengan sesuatu yang menggembirakan mereka.Perhatian dan kasih sayang anak lebih bernilai kepada ibu bapa berbanding wang ringgit.
Kategori: | |
dbintanghati
Jom baca kisah ni..
Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik hidung masin, taik mata pun masin gak. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara. Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan.Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

"Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami
"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.
"Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ.
"Baiklah, kalau bayarannya kurang dr RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama macam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?"
"Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer"jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
"Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat" Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"
"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.
"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun. Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia.
Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.
"Ehh? mana isteri encik?"tanya pilot tu terkejut.
"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"
"Hahh apasal tak cakap"
"Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...

Moral Kisah ni ialah: Carilah suami yang mengasihi isterinya..
Kategori: | |
dbintanghati
Gerak Jari Singkap Rahsia Diri

Memicit atau memegang hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

Meletak tangan pada bahu kawan
Suka ikut kepala sendiri.
Pentingkan diri sendiri.
Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

Bermain dgn tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi.
Pandai berjenaka.
Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
Jenis open minded.

Mematahkan jari jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
Gugup dan gementar bila berbicara.
Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
Suka berkhayal.
Sukar diperdayakan.
Keras kepala.

Menongkat dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
Suka mendengar masalah teman2.
Setia dlm persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
Peramah.
Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
Ramah dan berfikiran matang.
Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.

Memutar cincin
Sangat menepati janji.
Berhati2 dlm tutur kata.
Gemar hidup yang teratur.

Kategori: | |
dbintanghati
Kecantikan Lelaki.
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik, adalah :-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah, adalah :-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam.
Kategori: | |
dbintanghati

Ada apa dengan cinta?

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi.
Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
-Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untu melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA.
Kategori: | |
dbintanghati

Kategori: | |
dbintanghati
Pemakaian perfume sudah menjadi keperluan setiap orang. Selain dapat mencegah bau badan yan tidak enak, malah memberi haruman yang menarik.
  1. Bau perfume akan berubah mengikut keadaan persekitaran seperti perubahan suhu dan kelembapan yang berbeza.
  2. Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Ia bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang.
  3. Untuk memilih minyak wangi yang terbaik, anda perlu cuba pada kulit dan biarkan seketika sehingga baunya dapat di kenalpasti.
  4. Pemakaian perfume secara semburan lebih menjimatkan daripada sapuan.
  5. Sapukan perfume pada denyutan nadi di pergelangan tangan, belakag telinga,belakang leher, pelipis mata dan pelipat bahagian badan.
  6. Haruman dari perfume yang dah di buka penutupnya boleh tahan selama 6 bulan.
  7. Elakkan memakai terlalu banyak perfume pada satu masa. Ini akan membuat kan orang sekeliling tidak selesa dengan bau yang terlalu menusuk hidung.
  8. Haruman perfume lebih tahan lama pada pakaian yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kapas.
  9. Kalau nak beli perfume untuk seseorang, seelok-eloknya pilihlah haruman yang jenis klasik. Ini kerana ia boleh di pakai bila2 masa dan di mana jua dan nampak elegan serta versatile.
  10. Pilihlah haruman yang lembut terutama pada musim panas. Ini kerana badan yang berpeluh akan menyebabkan bau perfume terlalu kuat.

Dah baca baruler tahu kan tentang nak pakai perfume ni..jadi, pilihlah perfume yang berpadanan dan sesuai dengan diri kita..

Kategori: | |
dbintanghati
Jalinan Kasih antara isteri dan suami..

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami

- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama dalam mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang

- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

Sumber:PakarHowTo.Com
Kategori: | |
dbintanghati
Sayang pada isteri anda??Jagalah hatinya..

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata mahupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan mahupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

Sumber:PakarHowTo.Com
Kategori: | |
dbintanghati


Hanya mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


Sumber:koleksicinta.blogspot.com

Kategori: | |