Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Ibu bapa mana yg tidak sayangkan anak mereka? Semua ibu bapa sayangkan anak, begitu juga sebaliknya. Kadang2 ada orang tidak selesa dgn kehadiran ibu bapa mereka sendiri ataupun adik beradik yg sentiasa berdamping dgn mereka. Ingatlah bahawa kawan boleh dicari tetapi ingatlah bahawa ibu bapa, adik beradik dan kaum kerabat itu adalah hadiah dari Allah, semua ini ada hikmah disebalik apa yg ditentukan oleh-Nya.

Firman Allah SWT :-"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir penyusuannya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun (dengan yg demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibubapa mu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan).-Surah Luqman 31 : 14

Kita seharusnya amat bersyukur dapat ibu bapa yg mengambil berat tentang diri kita, mengasuh dari kecil memberi pendidikan yg secukupnya.. Ya Allah terima kasih kepadaMu..
Ada diantara kawan2 kita yg tidak dapat merasai kasih sayang dari ibu bapa mereka, seharusnya kita bersimpati akan kisah mereka itu..

Jadi,jgn luper pada ibu bapa kita k..Semoga Allah memberkati kita semua.
Kategori: |