Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Sabdaan Nabi saw”Ya Rasulullah!Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik?
Jawab Rasulullah Saw:Ibumu.
Lelaki itu bertanya sekali lagi:Kemudian siapa lagi?
Ujar baginda:Ibumu.
Lelaki itu bertanya lagi?kemudian siapa lagi?
Jawab Baginda:Ibumu.Lelaki itu bertanya lagi:Siapa lagi?
Baginda menjawab:Bapamu(Muttafaqun alaih)

Ibu bapa mempunyai kedudukan di sisi Allah swt sehingga Allah swt memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada mereka selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.
Allah berfirman” dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).(Al-Isra 23)

Pengorbanan wanita bergelar ibu tidak boleh dinilai demgan wang atau harta benda.Segala kesusahan ketika hamil sehinggalah melahirkan akan hilang apabila mendengar tangisan pertama anaknya.Sebagai anak, kita dituntut mengenang jasa dan pengorbanan ibu.
Allah berfirman” dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Luqman 14)

Nabi saw “Semua dosa akan ditanngguhkan Allah,yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat,kecuali balasan menderhaka kepada ibu-bapa.Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati”
(Riwayat Al-Hakim)

Sabdaan Nabi saw”Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu-bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu-bapa”(Riwayat Tirmizi)

Sabdaan Nabi saw”Redha Allah bergantung pada redha dua ibu-bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.(Riwayat Al-Hakim)

So,jadikanlah hari-hari kita sebagai hari-hari yang mengembirakan ibu dan bapa kita.Balas segala kesusahan dan kepayahan ibu dan bapa menjaga serta memelihara kita dengan sesuatu yang menggembirakan mereka.Perhatian dan kasih sayang anak lebih bernilai kepada ibu bapa berbanding wang ringgit.
Kategori: |