Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Sambungan bhgn 1...

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buangkanlah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya(jenis yg ader penutup), dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah atau menjaga anak. Tapi janganlah anda bertanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah sahaja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjukkanlah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah dengan adanya kuasa veto, apa salahnya kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni mudah sahaja.

Semoga semua yang bergelar suami berlapang dada dan dengan hati
yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga dapat mengamalkan pesanan-pesanan ini..tidak buat semua..beberapa pun dah bagus tau..
dbintanghati
Seorang lelaki bertanya kepada seorang kawan perempuannya, apakah ciri yang ada
pada lelaki yang paling disukainya?

Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik
biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang.Betul ker begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya?

Hmmm…bagi para suami yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun terpaksa akui, ada benarnya juga. Apa- apa pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang. Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik. Ikutilah tips ini..Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah
manifestasi dan luahan daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh
diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah:

1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri.
Anda boleh cium isteri anda sama ada di dahi atau boleh juga dimulut pada
setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami
semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum
tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”.
Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat pada si
isteri dan si suami.

2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri.
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri
anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan
kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih
bertenaga dan bersemangat.

3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap
perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas atau kesan pada si pendengar.
Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif
dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali-kali meninggikan suara dan
menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4. Panggi isteri dengan panggilan yang manja.
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh
menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling”
dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.

5. Bergurau senda dengan isteri.
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau.
Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.

6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan.
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai
diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi
bilah dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri
ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish..ish


So, para suami yang kurang romantik..pratikkanlah tips-tips ini buat isteri tersayang..Bersama-sama menyemarakkan rasa kasih sayang dalam rumahtangga.
dbintanghati
Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Banyak masalah rumahtangga yang timbul akibat sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini.Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah pesanan isteri kepada suami, yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, tak kiralah isteri bekerja atau sebagai suri rumah sepenuh masa.hargailah mereka.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan ibu anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada ibu anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata hanya untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relaks-relaks
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan perabih dan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak kawan ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang sedap dan special dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera sahaja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga).

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, cili,
sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan
perempuan kedekut!.

..So, para-para suami, baca dan cubalah amalkan pesanan isteri ini setakat yang termampu..Tak salah mencuba..pasti isteri bertambah sayang.

Ada lagi pesanan..nantikan Pesanan Isteri Untuk Suami (Bhgn 2).
dbintanghati
Selalunya suami isteri yang akan memikirkan berapa org anak yang cukup dalam membina sesebuah institusi rumahtangga. Dalam perkara ini ia berkaitan dengan persoalan merancang atau menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Adapun menghadkan jumlah anak kerana adanya ‘keperluan-keperluan’ tertentu di antara suami isteri. Namun amalan dalammenghadkan bilangan anak bukanlah sebagai satu kemestian.

Dalam soal merancang bilangan anak ini, kita dapat melihat adanya pasangan iaitu sama ada:

merancang menambah anak (zuriat) atau merancang menjarakkan kelahiran anak (zuriat) kerana masalah tertentu dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Yang realitinya, hampir tidak ada pasangan yang telah dan akan berkahwin merancang untuk tidak mahu mempunyai anak. Ini kerana perasaan ingin memiliki anak adalah fitrah nurani kita sebagai manusia walaupun ada yang merancang tidak mahu mengandung awal atas sebab-sebab tertentu, tapi tetap inginkan kehadiran anak. Kalau ada juga yang memang langsung tidak mahu anak, bermakna suami isteri itu mesti ada masalah kejiwaan.

Pendek kata, semua pasangan inginkan zuriat sendiri dan kalau tidak dapat melahirkan anak sendiri pun, ada yang akan mengambil anak angkat.Baik bagi golongan ibu bapa yang merancang menambah anak atau menjarakkan kelahiran anak, masing-masing pastinya sudah pun sepakat di dalam soal-soal dasar berikut:

1. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.

Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa juga hal termasuk dalam soal rezeki. Tanggungjawab sebagai ibu bapa ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakal kepada Allah s.w.t. Bermaksud kalau ada suami isteri yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil dan sesat seperti orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan mereka kerana takut terkena musibah, sial atau takut ditimpa kemiskinan.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.

2. Anak adalah penyambung keturunan.

Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)

3. Doa anak soleh itu tidak terputus.

Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu.

Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah antara bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Adanya perancangan anak itu bertujuan memelihara dan menjaga masalah-masalah tertentu dan setiap suami isteri yang mewakili dua golongan tadi mempunyai sebab dan hujah dalam mengembangkan keluarga masing-masing.

So, perancangan ni penting jugak..Ada yang kata biar berkualiti dari kuantiti.
Kategori: | |