Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Selalunya suami isteri yang akan memikirkan berapa org anak yang cukup dalam membina sesebuah institusi rumahtangga. Dalam perkara ini ia berkaitan dengan persoalan merancang atau menghadkan bilangan anak dalam sesebuah keluarga. Adapun menghadkan jumlah anak kerana adanya ‘keperluan-keperluan’ tertentu di antara suami isteri. Namun amalan dalammenghadkan bilangan anak bukanlah sebagai satu kemestian.

Dalam soal merancang bilangan anak ini, kita dapat melihat adanya pasangan iaitu sama ada:

merancang menambah anak (zuriat) atau merancang menjarakkan kelahiran anak (zuriat) kerana masalah tertentu dan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Yang realitinya, hampir tidak ada pasangan yang telah dan akan berkahwin merancang untuk tidak mahu mempunyai anak. Ini kerana perasaan ingin memiliki anak adalah fitrah nurani kita sebagai manusia walaupun ada yang merancang tidak mahu mengandung awal atas sebab-sebab tertentu, tapi tetap inginkan kehadiran anak. Kalau ada juga yang memang langsung tidak mahu anak, bermakna suami isteri itu mesti ada masalah kejiwaan.

Pendek kata, semua pasangan inginkan zuriat sendiri dan kalau tidak dapat melahirkan anak sendiri pun, ada yang akan mengambil anak angkat.Baik bagi golongan ibu bapa yang merancang menambah anak atau menjarakkan kelahiran anak, masing-masing pastinya sudah pun sepakat di dalam soal-soal dasar berikut:

1. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah.

Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa juga hal termasuk dalam soal rezeki. Tanggungjawab sebagai ibu bapa ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakal kepada Allah s.w.t. Bermaksud kalau ada suami isteri yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil dan sesat seperti orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan mereka kerana takut terkena musibah, sial atau takut ditimpa kemiskinan.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan.

2. Anak adalah penyambung keturunan.

Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani)

3. Doa anak soleh itu tidak terputus.

Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah (amal) jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu.

Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah antara bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Adanya perancangan anak itu bertujuan memelihara dan menjaga masalah-masalah tertentu dan setiap suami isteri yang mewakili dua golongan tadi mempunyai sebab dan hujah dalam mengembangkan keluarga masing-masing.

So, perancangan ni penting jugak..Ada yang kata biar berkualiti dari kuantiti.