Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
Kekasihku,
Ku tuliskan surat ini atas rasa cinta, kasih & sayang yang tak terhingga kepadamu. Rasa sayang yang sedemikian besar yang mungkin hanya Allah sahaja yang tahu. Sebentar lagi hubungan kita terlerai sudah. Namun pantaimu tak juga dapat merengkuhku. Gelombang jiwaku tak bertepi, terumbang ambing di samudera cintamu.

Kekasihku, ingin kubingkai untaian kata puitis darimu ataupun cerita pengantar tidur darimu, tapi engkau tak juga menuliskannya untukku. Ingin kudengar lagu cinta darimu, tapi engkau tak jua pernah mendendangkannya untukku.

Kekasihku, terkadang aku lelah dan letih dalam perjalanan panjang kita. Keraguan akan hatimulah yang menjadi penyebabnya, kerana kutahu cintamu bukan hanya satu. Air mata dan hati yang luka menjadi saksinya. Atas nama cinta dan sayang kuterus bertahan.Kutelan dukaku, ku sembunyikan rasa sedihku. Kubiarkan rindu dan cinta ini menyaluti kesunyian hatiku. Kucurahkan semua hanya untukmu, mungkin dirimu tidak pernah menyedarinya.

Kekasihku, andai kita tidak ditakdirkan untuk bersama, semoga aku dapat mengenangmu dalam kebaikanmu, sebagai sebahagian dari jiwaku, sebagai cerita dari mimpi-mimpiku, dan harapan yang tak pernah tergapai bersamamu. Biarkan mimpi-mimpi dan harapan itu terus hidup dalam anganku, kerana itulah yang akan menjadi alasanku untuk terus bertahan , menunggumu hingga akhir waktu hidupku.

Kekasihku, inilah cinta terakhirku, kalau kelak memang harus tersimpan, biarlah cinta ini tersimpan selamanya, aku tak mampu lagi untuk memberikannya kepada yang lain.
Hanya dirimu sahaja yang layak memperolehi CINTA ku. Terkunci sudah hati ini dengan mangga cinta hanya untukmu. ..KEKASIHKU..


-Janganlah kunci hatimu, pasti ada CINTA yang lain akan hadir untuk bukak mangga cinta so buat kunci spare..:-)..
Kategori: |