
Beberapa tips camne nk buat jika org yg di cintai tak nak jawab call. Ish-ish... susah jugak kan bila org yg di cintai taknak jawab call... merajuk ler tu..tip-tip nye ialah..
=>Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh anda call pun tak guna. So,lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.
=> Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call andatetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang anda bagi punya.
=> Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri anda yang salah.Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan anda. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia.Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?
=> Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitau anda. So,berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang anda nak temankan dia buat kerja sama-sama.
Hope tip-tip ni dapat membantu mengurangkan risau anda apabila org yg di cintai tak nak jawab call. Kata kat dia jgn merajuk selalu..nanti lekas tua tau..











