Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati
ADA ibu bapa yang resah apabila anak yg bersikap terlalu pemalu dan memikirkan cara hendak mengubah sikap anak yang pemalu hingga mungkin dianggap sesuatu yang agak negatif.

Antara cara-cara membantu si anak menghindari rasa malu ialah;

Sebagai ibu bapa, jangan sesekali memberitahu anak dia pemalu atau memanggilnya dengan pelbagai gelaran.Mereka sedar mengenai perasaan malu yang wujud dan tidak perlu orang lain memberitahu perkara itu.


Berikan pujian ketika dia tidak malu seperti kebiasaan. Biarkan anak anda tahu anda suka apabila dia lebih bijak bersosial dan berinteraksi dan
berikanlah peluang kepada anak untuk merasai interaksi sosial seperti menjemput rakan ke rumah atau menghadiri perjumpaan biasa.

Kanak-kanak belajar menerusi pemerhatian dan akan meniru apa yg dilakukan ibu bapa. Jadi, ibu bapa perlu memberi contoh iaitu dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri.
Anak-anak yg melihat ibu bapa mereka bersosial dengan orang lain akan cuba menjadi tidak pemalu. Tetapi ini tidak bermakna anda patut memaksa anak melakukan sesuatu di luar kemampuan dan kerelaannya.


Berikan dorongan apabila perlu dan cuba bantu mereka menyesuaikan diri.
Galakkan anak mencuba aktiviti baru dan berkomunikasi terhadap perasaan anda. Melalui dorongan, anak akan berasa selamat dan selesa untuk mengetahui tiada apa yang perlu ditakutinya.


Berikan anak peluang mencuba pelbagai aktiviti dan hobi berbeza , membenarkan anak bersosial dengan orang lain serta memperkenalkan mereka kepada orang yang memiliki minat yg sama.
Ingatlah anak-anak berupaya 'menangkap isyarat senyap' dengan mudah. Sekiranya anda berasa gelisah, si anak juga akan perasan dan bertambah gemuruh kerana kegelisahan anda memberitahunya sesuatu yang buruk pasti berlaku.

Kongsi pengalaman dengan anak anda. Biarkan anak tahu anda memahami perasaannya.
Kita sebenarnya pernah melalui peringkat tumbesaran apabila kita berasa malu, gelisah dan takut.
Biarkan anak tahu perasaan malu bukan satu kecacatan dan tiada yang perlu dimalukan. Katakan kepada anak, dalam kebanyakan situasi, ia tidaklah begitu menakutkan dan menjadi tanggungjawab anda untuk membantu mereka.

Situasi atau keadaan yang membuatkan seseorang anak gelisah dan takut boleh dipermudahkan apabila anda menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

Sikap pemalu biarlah bertempat jangan tiada rasa malu langsung..
Kategori: |