Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers
dbintanghati

Saat cinta berbunga di jiwa, dan berada di alam cinta semuanya indah belaka..Pelbagai ekspresi cinta membuatkan ramai insan berasa begitu bahagia dan dihargai kerana ada seseorang yang sentiasa berada di sisi di kala hati penuh gembira, di kala duka datang melanda dan bila semangat kian rapuh. Bahkan cinta juga memberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang selama ini bagaikan sudah kabur dan tiada arah tujuan..adanya cinta juga hidup teramat indah..

Namun, apabila perkataan CINTA semakin pudar dari hati, hilang dan sepi dan dek banyak halangan dan onak yg harus di tempuhi kerananya, anda terpaksa untuk melupakannya.

Rasa pedih dan patah hati apabila diri dikecewakan adalah ketentuan yang perlu di tempuhi. Biarpun terpaksa melupakannya untuk seketika atau selamanya,harus di ingat itu semua bukan kehendak anda.

Permulaannya memang agak sukar untuk menerima kenyataan menempuh kekecewaan tetapi lama kelamaan, ia pasti boleh di hadapi.Takdir mengatasi segalanya dan kekuatan diri harus dibina untuk mampu berdiri dan terus melangkah bagi membina cinta seterusnya yang lebih teguh, kukuh sehingga bahagia bersama sampai hujung nyawa.

Kecewa CINTA..rawati dan sembuhkan lah..
Kategori: |