Pemakaian perfume sudah menjadi keperluan setiap orang. Selain dapat mencegah bau badan yan tidak enak, malah memberi haruman yang menarik.
- Bau perfume akan berubah mengikut keadaan persekitaran seperti perubahan suhu dan kelembapan yang berbeza.
- Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Ia bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang.
- Untuk memilih minyak wangi yang terbaik, anda perlu cuba pada kulit dan biarkan seketika sehingga baunya dapat di kenalpasti.
- Pemakaian perfume secara semburan lebih menjimatkan daripada sapuan.
- Sapukan perfume pada denyutan nadi di pergelangan tangan, belakag telinga,belakang leher, pelipis mata dan pelipat bahagian badan.
- Haruman dari perfume yang dah di buka penutupnya boleh tahan selama 6 bulan.
- Elakkan memakai terlalu banyak perfume pada satu masa. Ini akan membuat kan orang sekeliling tidak selesa dengan bau yang terlalu menusuk hidung.
- Haruman perfume lebih tahan lama pada pakaian yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kapas.
- Kalau nak beli perfume untuk seseorang, seelok-eloknya pilihlah haruman yang jenis klasik. Ini kerana ia boleh di pakai bila2 masa dan di mana jua dan nampak elegan serta versatile.
- Pilihlah haruman yang lembut terutama pada musim panas. Ini kerana badan yang berpeluh akan menyebabkan bau perfume terlalu kuat.
Dah baca baruler tahu kan tentang nak pakai perfume ni..jadi, pilihlah perfume yang berpadanan dan sesuai dengan diri kita..











